Blog Pendidikan Khas SK Tanjung Puteri Resort

Khamis, 19 Mei 2016

Guru Pembina Negara Bangsa

Guru SK Tanjung Puteri Resort sesi 2016

16 Mei 2016; Guru Pembina Negara Bangsa, itulah tema sambutan Hari Guru pada tahun ini. Semoga SK Tanjung Puteri Resort lebih terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Selamat Hari Guru Cikgu!

Selasa, 17 Mei 2016

Pertandingan "Digital Storytelling" Peringkat Negeri Johor 2016

Antara babak dalam jalan cerita Johor; Muafakat itu Berkat, Sepakat dan Selamat.

17 Mei 2016; SK Tanjung Puteri Resort telah menghantar wakil ke Pertandingan "Digital Storytelling" Peringkat Negeri Johor 2016. Seramai 4 orang murid iaitu Aisyah Sofia Binti Suhaimi, Nur Afrina Alya Binti Hemizul, Muhammad Arif Irfan Bin Zafri dan Muhammad Ilhami Fathi Bin Hemizul serta dibimbing oleh En Irwan Azharul Aizam Bin Ahmad. Semoga kejayaan mengiringi kami semua.Untuk anda semua, sila klik link https://youtu.be/oy18tmr1vK8 gambar di atas untuk menonton sedutan penuh.

Isnin, 4 April 2016

VLE Frog SKTPR kini boleh didapati dalam bentuk Apps.

--------------------TERKINI---------------------

VLE Frog kini boleh di dapati dalam bentuk apps menggunakan platform Android. Sila klik link di bawah;
dan ikuti arahan seterusnya.
SELAMAT MENCUBA.
-------------------------------------------------------

Fenomena Gerhana Matahari

Fenomena gerhana matahari yang melanda seluruh negara turut di rasai di SKTPR.


09 MAC 2016;  Fenomena gerhana matahari yang melanda seluruh negara turut di rasai oleh seluruh warga SKTPR. Gerhana yang bermula pada pukul 7.30 pagi itu, disaksikan oleh kira-kira 800 warga sekolah. Selepas itu solat sunat gerhana matahari dan khutbah gerhana yang bicaan oleh Uztaz Muhammad Nur Ubaidillah Bin Ab Ghani.


Ahad, 3 April 2016

Kem Membaca 1 Malaysia dan Pelancaran NILAM 2016 SK Tanjung Puteri Resort


Pelancaran Program KM1M dan NILAM 2016 SKTPR.

3 April 2016; Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malysia (KM1M) dan NILAM 2016 selamat dilancarkan pagi tadi oleh Guru Besar En Yusri Bin Zakariah. Diketuai oleh Pn Latifah Bte Bahari, gimik pelancaran di mana setiap guru SKTPR perlu melekatkan huruf yang berbentuk hati yang terkandung pelbagai kata-kata hikmat untuk menggalakkkan budaya membaca dikalangan murid-murid SKTPR. Pelbagai program diatur sempena KM1M pada tahun ini, antaranya ialah Pertandingan menulis 'Bacalah Anakku', Jom baca selama 10 minit, mewarna, word search, pertandingan pantun, merumikan tulisan jawi dan pertandingan tulisan cantik. Program yang berlangsung selama 1 minngu ini diharapkan dapat menyemai budaya membaca di kalangan warga SKTPR. Selamat membaca!

Khamis, 31 Mac 2016

Blog Rasmi SK Tanjung Puteri Resort

Selamat Datang ke Blog rasmi SK Tanjung Puteri Resort

31 Mac 2016 - Secara rasminya Blog SK Tanjung Puteri Resort kembali dibuka setelah mengalami gangguan teknikal pada blog sebelum ini, rujuk http://blogsktpr.blogspot.my/. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan sebelum ini. Semoga dengan wujudnya blog ini, akan menambah manfaat bukan sahaja kepada warga sekolah, malah kepada masyarakat disekitarnya. Di kesempatan ini, admin ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada penerajau sebelum ini En. Mohd Jaafar Bin Abdul Rahim yang telah bertukar tempat bertugas di SK Cahaya Baru dan mengucapkan Selamat Datang kepada peneraju sekolah yang baru iaitu En. Yusri Bin Zakariah. Semoga SKTPR bertambah maju dan sukses di bawah kepimpinan beliau.

"BERSAMA MENJULANG SKTPR, KITA BINA BERSAMA"