Blog Pendidikan Khas SK Tanjung Puteri Resort

Ahad, 3 April 2016

Kem Membaca 1 Malaysia dan Pelancaran NILAM 2016 SK Tanjung Puteri Resort


Pelancaran Program KM1M dan NILAM 2016 SKTPR.

3 April 2016; Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malysia (KM1M) dan NILAM 2016 selamat dilancarkan pagi tadi oleh Guru Besar En Yusri Bin Zakariah. Diketuai oleh Pn Latifah Bte Bahari, gimik pelancaran di mana setiap guru SKTPR perlu melekatkan huruf yang berbentuk hati yang terkandung pelbagai kata-kata hikmat untuk menggalakkkan budaya membaca dikalangan murid-murid SKTPR. Pelbagai program diatur sempena KM1M pada tahun ini, antaranya ialah Pertandingan menulis 'Bacalah Anakku', Jom baca selama 10 minit, mewarna, word search, pertandingan pantun, merumikan tulisan jawi dan pertandingan tulisan cantik. Program yang berlangsung selama 1 minngu ini diharapkan dapat menyemai budaya membaca di kalangan warga SKTPR. Selamat membaca!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan